PUTRAJAYA: Sarawak hari ini secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga selepas edisi 1990 dan 2016.
Pemilihan Sarawak itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hannah berkata pemilihan Sarawak adalah berpandukan kepada persetujuan ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang-seli setiap dua tahun antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.
Menurutnya Sukma 2026 akan dianjurkan oleh MSN manakala Kelantan bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah edisi 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.
"Rasional sistem penggiliran tuan rumah bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan Persekutuan bagi memberikan bantuan kewangan kepada negeri-negeri yang meliputi peruntukan pembinaan dan naik taraf infrastruktur sukan, kos penganjuran dan pembiayaan program persediaan atlet-atlet di peringkat negeri," katanya.
Hannah berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata jawatankuasa tertinggi itu juga meluluskan cadangan supaya 28 jenis sukan wajib dipertandingkan bermula daripada edisi 2024.
Antara senarai 28 sukan wajib itu ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal (trek dan lebuh raya), gimnastik (artistik dan gimrama), golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan hoki.
Melengkapi senarai ialah judo, ping pong, taekwondo, karate, boling padang, pencak silat, sepak takraw, skuasy, tenpin bowling, wushu, bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan tenis.
Pada masa sama, Hannah berkata selaku tuan rumah edisi 2024, Sarawak diberi pilihan memasukkan beberapa sukan tambahan dan telah memutuskan untuk menyenaraikan empat jenis sukan iaitu tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik, namun ia tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukan Malaysia.
Dalam pada itu, beliau berkata jawatankuasa juga bersetuju untuk MSN mengadakan beberapa sesi libat urus bersama persatuan sukan kebangsaan dan pemegang taruh berkaitan bagi mengkaji kemungkinan membuka penyertaan kepada lebih banyak sukan untuk dipertandingkan pada edisi temasya Sukma pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Pemilihan Sarawak itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. - Fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.
Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli
Beliau menjelaskan, keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.
Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.
Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan
Empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.
KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan
Wan Ahmad Fayhsal berkata cadangan untuk membina litar permotoran sedang diusahakan oleh pihaknya bagi mempertingkatkan kemudahan sukan di Kelantan.